~ SLE ~
Hari ni aku nak cerita pasal sakit aku la ..Aku nie mengidap penyakit SLE iaitu Sistemic Lupus Eritematosus.. Penyakit ni ada lah penyakit kronik ..dimana antibodi seseorg bertindak balas kepada tisu badan pesakit badan itu sendiri..Dengan eri kata bahasa kampung antibodi aku ni serang sel dia sendiri la.. Ia bole menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru2, sistem saraf @ organ lain dalam badan..
- “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
- Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Contoh Gambar Pesakit SLE
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi
Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut
Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).
untuk pengetahuan korang semua .. sakit macam aku ni mmg tak bole stress.. kalau la hari2 stress SLE tu mesti datang .. nt mula la sakit sendi la .. demam yg berpanjangan la ..pening kepala la .... yang boringnya sakit macam aku nie org tak faham .. aku mmg tak bole aktif ..tak bole penat sangat .. nasib baik la aku dikurniakan dengan famly yg faham keadaan aku .. yang paling penting My Husben amat memahami dan selalu hilangkan stress aku .. jadi aku tak la tension sgt .. kalau gaduh pun .. Adatlah org dah berumah tangga.. kalau tak gaduh pun tak gempak jugak .. hehehhee.. yang penting apa yg ALLAH kurniakan pada aku ni .. aku amat bersyukur sgt2..sebab famly aku N husben banyak bg semangat utk aku teruskan hidup ..
Terima Kasih YaAllah ..
mudah2an Allah membalas kebaikan kamu semua ..
I LOVE U ALL..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan