Rabu, 16 Oktober 2013



ni lah gambar sesupu aku ni @suzana minhaj ...nama pun nak dekat nama aku.nama aku pun tak jauh beza @suzana samsu baharuddin..punya la susah nak mintak gambar .. hahha ..finally dapat jugak ..bersyukur sgt dapat jumpa..rasanya dah berbelas2 tahun jugak ..yg terkilan nya bila aku kat KL tak nak plak terjumpa ... may be kalau aku rajin FB may be jumpa la agaknya .. Alhamdulillah dah kawen lama tapi blum dikurniakan anak macam aku la ... hhehe.. Insya Allah satu hari nanti mudah2 an .. sabar ye ..
masa jumpa @suzana minhaj ni .. dia datang umah aku lg .. g bawak jumpa kakak dia yg sakit eksiden ,..ksian dah 3 kali masuk  @hospital sultan ismail.......lepas melawat kakak dia .. dia hantar aku balik .. pastu tak sempat singgah .. sampai lupa nak bawak kan bekal kari daging & sambal belacan ..aduii kelam kabut punya pasal... aku da la tak bole kelam kabut nie ..
malam nya dia datang g lepak2 kat @taman tasek air biru..dia belanja aku makan .. best wooo .. nasib baik kedai tu nak tutup .. kalau x pukul berapa ntah kami pulang ..
aku ajak jugak dia ke rumah aku .. mak aku n adek aku datang berbual jugak la ... lepastu baru dia @hospital semula jaga kakak dia ..
@suzana minhaj ni bagus .. bukan senang nak cari adek yg ssh payah nak jaga kakak dia .. hampir setiap minggu jugak la dia balik .. nasib baik la husben dia ok ...
apa2 pun .. lepas nie jgn lost contact lg yer ... 

 @ heppyy la aku ni dapat jumpa sepupu aku ...

Selasa, 15 Oktober 2013

~ SLE ~



Hari ni aku nak cerita pasal sakit aku la ..Aku nie mengidap penyakit SLE iaitu Sistemic Lupus Eritematosus.. Penyakit ni ada lah penyakit kronik ..dimana antibodi seseorg bertindak balas kepada tisu badan pesakit badan itu sendiri..Dengan eri kata bahasa kampung antibodi aku ni serang sel dia sendiri la.. Ia bole menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru2, sistem saraf @ organ lain dalam badan..


  •  “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
  • Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).


Contoh Gambar Pesakit SLE









Apakah Gejala-gejala SLE?


Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi
Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
guide-01


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut

Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

untuk pengetahuan korang semua .. sakit macam aku ni mmg tak bole stress.. kalau la hari2 stress SLE tu mesti datang .. nt mula la sakit sendi la .. demam yg berpanjangan la ..pening kepala la .... yang boringnya sakit macam aku nie org tak faham .. aku mmg tak bole aktif ..tak bole penat sangat .. nasib baik la aku dikurniakan dengan famly yg faham keadaan aku .. yang paling penting My Husben  amat memahami dan selalu hilangkan stress aku .. jadi aku tak la tension sgt .. kalau gaduh pun .. Adatlah org dah berumah tangga.. kalau tak gaduh pun tak gempak jugak .. hehehhee.. yang penting apa yg ALLAH kurniakan pada aku ni .. aku amat bersyukur sgt2..sebab famly aku N husben  banyak bg semangat utk aku teruskan hidup ..

Terima Kasih YaAllah .. 
mudah2an Allah membalas kebaikan kamu semua ..

I LOVE U ALL..

Assalamualaikum .. selamat pagi semua ... harap2 harini akan jadi lebih baik dari semalam... InsyaAllah ..kita semua kuat kan utk menempuh segala dugaan .. sbb Allah tahu .. siapa yg diuji dgn dugaan itu maka org itu adalah insan yg terpilih ...jd jgn la terus give up kerana setiap dugaan yg Allah beri .. Allah akan gantikan dgn sesuatu yg mengembirakan ..jadi banyak kan la sabar .. "ASSOBAR MINAL IMAN"....





Ni lah aktiviti kucing yg baru sahaja dimandikan ... wahh seronok betul bila tengok kucing nie ... Boleh hilangkan stress tau ..tgk gelagat kucing ni membuat kan aku ketawa sorg2 ... blum lagi cerita pasal mak kucing nie .. asek la kua makan ,...bila la anak2 dia ni nak besar ,...kalau dia dah besar senang sikit nak handle .. nie dia tgh nakal ...biasalah ...tapi kucing ni ada 6 ekor ... thanks pada my husben beri kelonggaran utk jaga kucing2 nie ... hehhehe Insya Allah aku akn jaga kucing nie sebaik yg mungkin ,,, 

Isnin, 14 Oktober 2013


Selamat hari raya buat semua .. terutama keluarga ...tak lupa juga pada kawan2...saya juga ingin memohon maaf jika saya ada buat salah dan silap .... moga hari raya ini sama2 la kita bermaafan ... ambil yg jenih buang yg keruh....


Salam semua ... Ini la aktiviti bila famly berjumpa antara satu sama lain ...yg bestnya semalam adalah kenangan utk ku ... Dimana ada juga majlis sambutan hari lahir buat Ibuku Jamaliah Adnan (12/10/1963) , adikk ku Muhammad Hafiz Bin Samsu Baharuddin (13/10/1990 ) dan anak sedara aku Mohd Akmal Bin Azhari ...Meriah betul harini ... 

Oleh sebab esok hari raya aidiladha ... aku tak bole nak join la sebab aku kene balik ke JB sebab ada urusan yg tidak disengajakan ...apa2 pun aku bersyukur kerana mempunyai sebuah family yg ok semuanya ... 

Semoga famly ku didalam keadaan baik2 sahaja.. aku sayang kalian semua ...